PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, August 8, 2008

Ramalan soalan karangan panjang PMR 2008

Kepada calon-calon PMR/SPM 2008, isu yang bersangkut-paut dengan kenaikan harga minyak termasuk inflasi, kenaikan harga barangan, cara masyarakat menghadapi kenaikan harga barangan .......harus dititiberatkan. Calon juga perlu membiasakan diri dengan penggunaan peribahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh " alah membeli menang memakai" , " beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis".....Calon juga perlu melengkapkan diri dengan isi-isi tentang langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu ini.


KOMSAS SPM 1

Konflik merupakan satu teknik plot yang amat penting dalam sesebuah novel. Nyatakan konflik-konflik yang berlaku antara watak-watak berdasarkan novel yang anda pelajari.


Terminal Tiga


Rimpa dengan ibunya – Ibu Rimpa menentang hasrat Rimpa yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan. Ibunya tidak mahu Rimpa meninggalkan keluarga. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya Rimpa tetap dengan keputusannya di samping bertekad untuk membawa perubahan dan melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran.


Rimpa dengan Ruzaini – Ruzaini menganggap kepulangan Rimpa sewaktu bercuti seolah-olah untuk melukakan hatinya. Ruzaini sering mengingatkan Rimpa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarganya.


Rimpa dengan Bang Maily – Rimpa tertarik akan agama Islam dan pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam tetapi Bang Maily tidak menghiraukannya. Rimpa terpaksa mengambil waktu yang begitu lama untuk meyakinkan Bang Maily kerana Bang Maily tidak mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.


Seteguh Karang


Awanis dengan Encik Johari – Ketibaan Awanis di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Paka disambut dengan tegas dan penuh sindiran oleh Enci Johari. Encik Johari juga memberi tekanan kepada Awanis di tempat latihan praktikalnya dengan memperlekeh kebolehan kaum Jawa.


Awanis dengan Maziah dan Sofia – Awanis bengang menghadapi kerenah Maznah dan Sofia menjadikan hubungannya dengan Asri sebagai bahan gurauan mereka.


Anita dengan ayah kandungan – Anita yang dibawa berjumpa dengan keluarga kandungnya oleh Awanis tidak diterima oleh ayahnya. Anita juga kecewa akan ayah kandungnya yang masih kuat mempercayai perkara-perkara tahyul.


Awanis dengan Maysarah – Awanis bertekak dengan Maysarah kerana dia membocorkan rahsia bahawa Anita hanyalah anak angkat keluarganya.


Anita dengan Maysarah – Anita tidak disayangi oleh Maysarah dan pernah menyatakan bahawa Anita hanya adik angkatnya.


[ hubungi saya untuk mendapat jawapan yang lengkap ]

Ken Calculator