PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Saturday, February 27, 2010

ISTANA MENANTI [ Novel Tingkatan 1 ]


Novel Istana Menanti menceritakan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah. Mereka bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah..............

Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut...........

Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di Jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama..............

Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama dengan remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana............

Mereka bertiga masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana lama tersebut. Ketika memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik tidur diraja, tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka juga khuatir kerana terdapat terlalu banyak kelawar dan tikusdi dalam terowong tersebut............

Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda bernama Khairil, seorang penuntut dari Universiti Putra yang keletihan turut terperangkap dalam terowong tersebut. Ketika mereka melelapkan mata kerana keletihan. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut. Mereka juga dipaksa menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu...........

Pada masa yang sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang apabila anak-¬anak mereka tidak pulang sehingga malam. Hasil perbincangan dengan ketua kampung, mereka telah berpakat membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis telah melancarkan gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendak Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja-remaja tersebut.......

Tuk Ngah yang berjaya bersembunyi dari penglihatan kumpulan penjenayah itu muncul lalu menceritakan perkara sebenar. Hasil perancangan akhirnya pihak polis berjaya memerangkap penjenayah-penjenayah yank sangat dikehendaki tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dan diraikan dalam suatu majlis kerana keberanian serta kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut..........


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]





Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender